Program Peduli Masyarakat Demi Kemanusiaan Kerjasama Pi Ppr Kg Baru Air Panas Dan Komuniti Ppr Kg Baru Air Panas.

17 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Program Peduli Masyarakat Demi Kemanusiaan Kerjasama PI PPR Kg Baru Air Panas Dan Komuniti Ppr Kg Baru Air Panas telah diadakan pada 16 Disember 2018 bertempat di Dataran Ppr Kg Baru Air Panas. Tujuan utama program ini diadakan adalah bertujuan untuk mengumpul maklumat sebanyak mungkin berkaitan kanak-kanak yang terbiar dan terpinggir serta ketinggalan daripada sistem pendidikan masa kini.

Program ini juga bertujuan untuk memberi sedikit harapan dan kecerian kepada kanak-kanak ini serta juga bagi melahirkan kanak-kanak yang cintakan negara dan berbangga menjadi salah seorang rakyat Malaysia untuk hidup dalam negara yang aman dan damai. Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti pendaftaran keahlian, taklimat Pusat Internet yang merangkumi fungsi Pusat Internet, eWaste, Check You Label, Sebenarnya.my, eKelas, dan kelas ICT dan Keusahawanan, tayangan video Klik Dengan Bijak dan tapak pameran dan penerangan Advokasi. Seramai 300 orang penggunjung yang hadir terdiri daripada warga belia dan dewasa penduduk PPR Kg Baru Air Panas dan terdapat juga warga daripada lain-lain tempat.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali